Thursday, February 3, 2011

Happy CNY 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA pada semua kaum Tionghua. Tahun 2011 adalah tahun arnab yang mempunyai unsur emas. Menurut kepercayaan Tionghoa, orang yang lahir ditahun arnab adalah orang yang pendiam, pemalu, anggun, sopan-santun, baik budi dan peka pada keindahan.

Arnab dalam mitologi Cina (Fengshui) adalah lambang umur panjang,  maka tidak hairan bila orang yang lahir pada tahun arnab tergolong paling beruntung di antara kedua belas binatang. Tahun arnab - 2011, 1999, 1987, 1975, 1963, 1951, 1939, 1927, 1915, 1903.


SEKILAS TRADISI TAHUN BARU CINA

Mengikut tradisi, beberapa hari sebelum tahun baru, setiap rumah akan dibersihkan dengan teliti bagi membuang semua nasib buruk dari tahun sebelumnya serta menyediakan ruang untuk rezeki dan nasib yang baru.

Pada hari pertama tahun baru pula, rumah tidak boleh dibersihkan atau disapu kerana dibimbangi rezeki baru yang akan dikurniakan oleh dewa akan tersapu keluar.

Tradisi balik kampung pula membolehkan jamuan ‘makan besar’ diadakan sebagai tanda kemakmuran dan perpaduan keluarga.

Golongan muda walau di manapun berada akan pulang ke kampung halaman untuk melawat ibu bapa, datuk serta nenek dan saudara mara lain yang lebih tua manakala pada hari kedua pula, ibu bapa dan saudara mara lain belah isteri pula akan dilawati.

Kedua-dua tradisi yang dikenali sebagai ‘kunjungan tahun baru’ itu adalah aspek penting yang menandakan ketaatan mendalam dan rasa hormat golongan muda kepada ibu bapa. Semasa kunjung mengunjung, selain pemberian limau mandarin dan hadiah berbentuk makanan, golongan dewasa akan memberi angpow kepada pelawat yang masih belum berkahwin.

Lazimnya, sampul angpow yang berwarna merah akan diisi dengan jumlah wang bernombor genab yang boleh bernilai sehingga ratusan ringgit, sekaligus menjadikan not merah RM10 sebagai nilai angpow yang popular di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment