Friday, January 28, 2011

Favourite Cartoon

Channel 613 astro memang dah jadi nombor yang sering diucap oleh anak2 aku apabila hendak menonton TV. apa lagi kan channel cartoon kegemaran. . . .

paling diminati 

  1. tiny planets
  2. mickey mouse & friend
  3. special captain OSO
  4. jungle junction
kesimpulannya semua siaran cartoon pada channel 613 tue mmg lah diaorg kenal sangat. . . .
4 list tue yang mmg diaorg minat sangat2 lah, dah boleh hafal setiap jalan cerita dia & tak bosan2 plak tue walaupun dah berulang kali tayangan episod yang sama. . . . pelik plak, macamana lah minda anak2 nie kan, boleh seronok pada benda yang dah berulang kali ditayangkan. . . . aku plak dari tak minat kena meminati dan kena gak lah mengenali karektor karton tueeeeee



tiny planet nie kisah anak ngan abah dia yang mengembara dengan sofa putihnya. . . . . . .
setiap kali pengembaraan akan ada pembelajaran baru buat si anak. dan setiap tempat yang pernah mereka pergi akan diabadikan dalam gambar. . . . . .
anak2 aku suka sangat ngan cara anak & ayah nie bila berinteraksi, cute + comel plak bunyi dia. . . . aku plak siap cari lagu theme kartoon nie. . . . . . astro tanyangkan citer nie 15 minit sahaja setiap slot.



mickey mouse!!!! sapa yang tak kenal ngan citer karton nie kan. masa zaman kanak2 aku pun dah suka menonton karton nie, dah berzaman dah rasanya karton nie masih utuh sampai sekarang.
jalan citer pun berbeza pada setiap episod kan, yang nyata mmg FUN

nie plak special agent OSO. citer nie pasal agen OSO yang diberi tugasan khas untuk membantu @ menolong kanak2 yang tengah dalam kesulitan untuk menyelesaikan tugasan yang hendak dibuat.
jam tangan agen OSO akan bagi signal bila ada kanak2 yang memerlukan bantuannya. selalunya ladybird khas dia yang akan hantar signal kepada jam tangan kapten OSO.
tugasan khas selalunya diselesaikan melalui 3 cara . . . . 1, 2, 3,  ???????? aper step 123 tuuuuu bergantung pada tugasan masa tue lah k





jungle junction (jalan raya dalam hutan). . . . . .
citer nie plak pasal aperrrrr eeeeeek
alamak. . . . . . !!!!!!!!!!!!!!!!!! citer nie aku tau pasal jalan jalan dalam hutan yang berlapis2 then setiap karektor nya akan meluncur atas jalan tue mcm naik roller coaster lah gitu. . . . .
setiap episod berbeza, tapi aku bila 'tang' anak2 aku layan citer nie aku agak kurang memberi perhatian kan, sbb nya aku tak minat. . . . . . heheheheheh :) :) :)



tue antara karton yang diorang minat sangat2, yang ditayangkan kat channel astro. . . . so mmg tak leh nak "kick" out lah channel fun tue dari list astro kami. . . . .

ada 1 lagi citer yang dia amat minat. . . .
WALL E. . . . . . kalau diorg citer ngan sepupu or saudara saudara dia mmg lah tak ada yang kenal karektor karton nie kan....... punya harits bercerita ngan sepupu2 dia if ada yang datang umah, konon nak sharing lah kan, tapi no respond plak, sebab tak pernah tengok katanya

Mengisahkan Wall E yang tinggal seorang diri di bumi setelah semua hidupan musnah disebabkan oleh bahan kimia beracun yang telah melanda bumi manakala manusia pula dipindahkan ke kapal angkasa Buy n Large.

Wall E plak di cipta oleh menusia untuk menghimpun or mengangkut sampah sebenarnya. . . . so hari2 robot Wall E dihabiskan dengan menyusun & memungut sampah sarap yang telah ditinggalkan di bumi, sehinggalah satu hari dia berjumpa ngan "lipas". . . . tue lah dia satu2 sahabat + teman dia. so selepas berkawan ngan si lipas nie, hari2 pun bertambah ceria makin bermakna lah hidup robot nie. . . . citer nie belum berakhir di sini, pengembaraan Wall E yang sebenar apabila robot EVA nie turun ke bumi tuk mencari tumbuhan di muka bumi, sbb dengan adanya tumbuhan nie lah bukti yang bumi sudah selamat di diami oleh manusia kembali.


EVA adalah robot yang dicipta khas untuk mencari tumbuhan (hidup) dibumi. EVA hidup dalam kapal angkasa BUY n LARGE yang turut sama di diami berjuta2 manusia yang dahulunye melarikan diri ekoran bumi sudah tidak selamat di diami. . . . . .
Wall E (kiri) & Eva (kanan)

pencarian EVA berjaya dan dia kembali ke angkasa lepas, Wall E yang mula suka ngan EVA enggan membenarkannya kembali semula ke angkasa lepas, sehingga dia Wall E sanggup mengekori EVA sama2 ke angkasa lepas. . . . . . 


tak larat plak nak abis kan satu dvd punya story, so pada sapa2 yang nak tau kesudahan citer yang telah aku mulakan nie, sama2 lah dapatkan DVD dia yeeee. 
aku dapat kan DVD nie kat speedy video taman maluri RM79.90 yang original lah....... tapi saper2 yang nak tengok gak nak beli yang ori mahal sangat kan kan kan, yang pirate pun dah ada. . . . RM10 sahaja..... aku tak menggalakkan lah tuk yang pirate ye . . hehehehehe :)


ending story yang aku boleh share kat cni. . . . . kapal angkasa Buy N Large bersama2 ngan isi dalam kapal tue semua kembali ke bumi dan memakmurkan bumi kembali........
memang no 1 lah

0 comments:

Post a Comment