Tuesday, January 25, 2011

PRETZEL

perut yang lapar, teringin plak nak makan pretzel (untie anne's) best nye.

lama dah beriya iya nak cuba buat sendiri, search resipi ada lah terjumpa. . . . . cuma belum sempat nak realisasikan sahaja. hujung minggu nie nak try buat lah .

  Bahan-bahan yang aku perlukan

  • 1 ¼ cawan air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sdb gula
  • 1 sdk garam
  • 1/8 sdk lada sulah
  • 3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
  • 1 sdb yis segera 
  • Utk topping : sedikit bijan
Caranya :
  1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmachine, ikut arahan mesin msg2 utk buat doh. 
  2. Bila doh siap diuli, buat bentuk bola besar dan biarkan ia rehat dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal (dohnya lembik sdikit jadi sapu sedikit tepung pd tangan utk membentuk bola).
  3. Bila saiz doh sudah naik sekali ganda, bawak keluar dr bekas dan letak atas papan/alas yg ditabur sedikit tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16 jika inginkn saiz pretzel yg lebih kecil). Gentel setiap satu bahagian membentuk seperti tali berukuran dalam 60cm panjang (kalau 16 bhg, panjangnya dlm 40cm). Gentel setiap satu dan biar ia rehat seketika (iaitu supaya dia tdk stretch lagi).
  4. Ikat setiap satu dgn ikatan pretzel yg longgar sedikit. Letak atas dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dgn campuran putih telur dan air, serta taburkan bijan (jika mahu). Biarkan ia naik lagi, dalam 30min.
  5. Bakar dalam oven (yg telah dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam 180°C, selama 15-20min. Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat (optional).
  6. Dah siap boleh di hidang
Nie aku cedok dalam 1 web site masakan, buat masa nie aku lum mencuba lagi lah. . . . .  plan hujung minggu nie nak try buat. So kalau berjaya dan menjadi aku akan update dalam blog aku semula. . . . .  hehehehe :D

0 comments:

Post a Comment